JAKARTA 27 Ogos – Pesilat negara, Muhammad Faizul Nasir menghadiahkan pingat perak kepada Malaysia di Sukan Asia 2018 selepas tewas dalam aksi Kelas B kepada wakil tuan rumah, Abdul Malik, sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam aksi di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia itu menyaksikan Muhammad Faizul tewas 0-5.
Perlawanan itu menyaksikan pesilat negara dikenakan penalti selepas lawannya berpura-pura kesakitan di bahagian tekak sedangkan serangan Muhammad Faizul tidak dilakukan ke arah itu.
Sejurus penalti itu dikenakan, pesilat tuan rumah kembali masuk ke gelanggang seperti tiada sebarang kecederaan. – UTUSAN ONLINE











