Lelaki ditemui meninggal dunia semasa bersenam - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui meninggal dunia semasa bersenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika bersenam di Taman Gelora di sini, pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Azman Jusoh, 44, dari Bandar Putra di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 8.53 pagi.

Katanya, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan keadaan lelaki berkenaan sebelum seorang pegawai dan dua anggota dari Balai Polis Kuantan dikejarkan ke lokasi.

“Saksi di tempat kejadian mengatakan ternampak mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tepi tasik.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati dia telah meninggal dunia dan dibawa ke bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah pada jasad mangsa dan punca kematian kini dalam siasatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN