PULAU PINANG 27 Ogos – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang meninggal dunia pagi tadi.
![]() |
||
|
Chow Kon Yeow
|
Menurut Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri, meskipun mempunyai latar belakang dan pendapat berkaitan politik yang berbeza, tetapi beliau percaya hasrat dan perjuangan mereka adalah sama iaitu untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.
“Mengenali Allahyarham, beliau seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani ramai.
“Sekali lagi, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga keluarga beliau tabah menerima ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini – UTUSAN ONLINE.












