300,000 kaum India tidak ada dokumen pengenalan diri adalah tidak tepat - Utusan Malaysia

300,000 kaum India tidak ada dokumen pengenalan diri adalah tidak tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa seramai 300,000 kaum India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di negara ini seperti yang diuar-uar oleh pihak pembangkang ketika itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah angka palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman memberitahu, angka itu sebenarnya tidak tepat berbanding yang terdapat dalam rekod KDN.

“Angka tersebut adalah berdasarkan yang diambil daripada pihak pembangkang ketika itu dan sudah tentu ia tidak tepat dan benar. Menurut rekod sehingga pada 30 Mei lepas, sebanyak 3,853 permohonan kewarganegaraan daripada individu berketurunan India telah diterima dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,638 permohonan telah diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator, Datuk T.Mohan dalam sesi soal jawab Persidangan Dewan Negara, hari ini.

T. Mohan mempersoalkan kesahihan angka seramai 300,000 yang dibangkitkan sebelum ini sehingga mengakibatkan MIC kehilangan kepercayaan pengundi.

‘Soalan ini tidak melibatkan kementerian saya dari sudut kebenarannya. 

‘Bagaimanapun, hari ini saya berada dalam Dewan Negara menyatakan jumlah sebenar berkenaan dengan status masyarakat India di negara ini yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,’ katanya.

Tambahnya, kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah kewarganegaraan dalam kalangan kaum India negara ini antaranya program turun padang. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini