Kumpulan Utusan terlibat dalam perbarisan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Kumpulan Utusan terlibat dalam perbarisan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Ogos – Sebanyak 20 kakitangan di bawah Kumpulan Utusan antara 37 kontinjen di bawah syarikat bukan kerajaan (GLC) dan swasta yang akan menyertai acara pembarisan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kordinator Kumpulan Utusan, Rahmah Sulaiman berkata, ini merupakan penyertaan kali kedua syarikat tersebut dalam acara perbarisan sempena Hari Kebangsaan.

“Kali terakhir syarikat ini menyertai acara perbarisan ialah pada dua tahun lalu di Dataran Merdeka dan kali ini kita diberi peluang sekali lagi untuk berbaris dalam acara penuh bersejarah ini di bawah seliaan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

“Antara jabatan yang terlibat dalam acara kali ini ialah kewangan, pengeluaran, permasaran, komunikasi korporat, sumber manusia, pentadbiran dan syarikat-syarikat subsidiari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 2,000 peserta terlibat dalam acara raptai perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini.

Selain itu, turut terlibat dalam acara raptai tersebut ialah perbarisan oleh penjawat awam, pasukan keselamatan dan persembahan oleh pasukan pancaragam serta Jabatan Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia (JKKN).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini