KOTA KINABALU – Seorang pelancong asing wanita dikesan berkelakuan tidak sopan apabila hanya memakai seluar dalam dan baju kemeja-T lengan panjang ketika sedang bersiar-siar di sekitar Asia City di sini semalam.
Tindakan wanita dipercayai dari China itu yang berjalan bersama seorang teman lelaki sempat dirakam orang awam sebelum gambar tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Seorang sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph berkata, kejadian itu berlaku semalam (kelmarin) ketika orang ramai sedang menikmati makanan tengah hari di sebuah restoran di Asia City.
“Ketika itu saya sedang makan bersama rakan dan terkejut melihat kehadiran wanita berkenaan.
“Pelancong itu pula seperti tidak kisah apabila dirinya menjadi tumpuan orang awam di kawasan sekitar,” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











