KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad tetap mahu meneruskan tindakan mahkamah terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan fitnah bahawa beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Wan Asshima tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf ke atas fitnah itu sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkan beliau.
“Kerajaan Pakatan Harapan menghormati hak-hak bersuara tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhati-hati dan bertanggungjawab atas apa yang dikatakan.
“Kalau kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas dan bertujuan memprovokasi maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











