NEWCASTLE 27 Ogos – Chelsea terpaksa bergantung kepada gol sendiri pemain lawan untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih kali ketiga berturut-turut kempen Liga Perdana Inggeris mereka awal hari ini.
Jaringan sendiri lewat permainan pertahanan Newcastle, DeAndre Yedlin membolehkan skuad bimbingan Maurizio Sarri itu menang 2-1 untuk terus menghambat pendahulu liga, Liverpool yang juga memungut sembilan mata penuh daripada tiga aksi awal musim ini.
Terdahulu Eden Hazard meletakkan Chelsea lebih dulu di depan dengan menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil pada minit ke-76 sebelum Newcastle juga dihadiahkan sepakan sama selepas itu yang disempurnakan Joselu untuk menyamakan kedudukan.
Tetapi mujur sepakan deras Marcos Alonso terkena kaki Yedlin pada minit ke-87 dan terus menerjah jaring untuk gol kemenangan yang tidak disangka-sangka itu ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan keputusan seri. – AFP











