Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Zainal Abidin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Zainal Abidin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Ampang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu disahkan oleh adik ipar allahyarham yang merupakan pelakon Syatila Mevin menerusi posting di Instagram awal pagi tadi.

Zainal Abidin, 58, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2006 hingga Mac 2008 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Pulau Pinang dan untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini