PUTRAJAYA 26 Ogos – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (gambar) terus menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tiga soalan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion daripada tabung bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
![]() |
|
LIM GUAN ENG
|
Beliau berkata, sukar untuk mempercayai bekas Perdana Menteri itu tidak menyedari bahawa sebanyak 121,429 syarikat dan individu terjejas akibat kehilangan wang tersebut sejak 2015.
“Adakah Datuk Seri Najib akan memberikan jawapan yang sama apabila keterangannya diambil oleh pihak polis nanti. Sekiranya pihak polis percaya Datuk Seri Najib tidak memberikan kelulusan maka Tan Sri Dr. Mohd. Irwan (bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan) akan menanggung segala kesalahan.
“Bukan sahaja kesalahan jenayah pecah amanah tetapi juga menyalahgunakan atau melebihi kuasanya dengan mengambil kuasa seorang menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.












