Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar malam ini - Utusan Malaysia

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kembali lancar setakat pukul 10 malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

“Kenderaan hanya bergerak perlahan dari Simpang Pulai ke Gopeng, Tapah ke Slim River dan Kuala Kangsar ke Terowong Menora,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.   

Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenderaan hanya  bergerak perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi dan Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara.

Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah pula juga dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini