Hanya Menteri Kewangan ada kuasa lulus - Guan Eng - Utusan Malaysia

Hanya Menteri Kewangan ada kuasa lulus – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa meluluskan sejumlah RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jika Najib yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu tidak memberi kelulusan agar sejumlah wang itu tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST, maka bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang akan dipertanggungjawabkan menanggung segala kesalahan.

“Bukan sahaja kesalahan jenayah pecah amanah tetapi juga menyalahgunakan atau melebihi kuasanya dengan mengambil kuasa seorang menteri.

“Ini kerana hanya Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan arahan supaya RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST ataupun bayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti ditetapkan undang-undang,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenyataan Menteri Kewangan itu adalah reaksi terhadap jawapan Najib pada Sabtu, yang menyatakan ‘tiada’ kepada tiga soalan yang diajukan Guan Eng berhubung kehilangan RM19.25 bilion dalam tuntutan bayaran balik GST. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini