Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsepkan BR1M - Utusan Malaysia

Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsepkan BR1M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – PAS meminta kerajaan Pakatan Harapan meneruskan bantuan kepada rakyat miskin mengikut konsep Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah atau miskin tidak sepatutnya dihapuskan sebaliknya wajar diteruskan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

“Apa yang penting konsep membantu orang miskin adalah konsep yang perlu dikekalkan dan perlu dilakukan pembaikan * jangan dihilangkan begitu sahaja. Kena usahakan supaya betul-betul dapat mengatasi masalah kemiskinan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program melabuh unjam di perairan Marang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Azman Ibrahim.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pemberian BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini