Kegiatan judi ekor tanpa lesen tawar pertaruhan luar negara dibongkar - Utusan Malaysia

Kegiatan judi ekor tanpa lesen tawar pertaruhan luar negara dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis membongkar sindiket judi ekor tanpa lesen yang menawarkan pertaruhan dari beberapa buah negara selepas menyerbu 15 kedai di sekitar George Town di sini hari ini yang berselindung di sebalik perniagaan lain.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Pulau Pinang dan Timur Laut melancarkan operasi serentak di kesemua premis itu bermula pukul 3 petang tadi.

“Menerusi Ops Dadu itu, kami menahan 26 individu termasuk 24 pekerja serta penjaga premis yang menjalankan kegiatan perjudian ekor haram online (dalam talian) itu dan dua pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan siasatan, kedai-kedai itu berselindung di sebalik perniagaan lain seperti kedai jual beg, kedai runcit dan kedai alat tulis, namun mereka menyediakan ruangan khas yang tertutup(dalam kedai) untuk menjalankan kegiatan perjudianitu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya,selain itu, sindiket perjudian tersebut turut menawarkan judi ekor haram dalam talian membabitkan negara luar seperti Thailand dan Kemboja yang boleh dimain setiap hari dengan keputusan dua kali sehari. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini