Sasaran 2 pingat badminton di Sukan Asia lebur - Utusan Malaysia

Sasaran 2 pingat badminton di Sukan Asia lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Ogos – Perjalanan skuad badminton negara di Sukan Asia 2018 tamat dengan penuh kesedihan selepas kedua-dua pasangan beregu lelaki terkandas di suku akhir, sekali gus gagal mencapai sasaran dua pingat yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi di Istora Senayan, hari ini, pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 20-22, 19-21 kepada pasangan No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Pasangan kedua negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin juga tewas kepada pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 13-21.

Ee Yi mengakui, dia banyak melakukan kesilapan terutama dalam perlawanan hari ini dan keadaan menjadi lebih sukar selepas lawan mereka mengawal keseluruhan permainan.

“Kita cuba untuk melepasi perlawanan ini tetapi keadaan menjadi sukar kerana saya banyak membuat kesilapan selain lawan kami berjaya mengawal permainan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini