City jadi mangsa gol guna tangan - Utusan Malaysia

City jadi mangsa gol guna tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Ogos – Gara-gara gol lawan dijaringkan menggunakan tangan, Manchester City kehilangan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila diikat 1-1 oleh Wolverhampton awal hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini sekaligus membuktikan video pembantu pengadil (VAR) amat diperlukan dalam liga domestik di sini selepas jelas menerusi rakaman semula menunjukkan jaringan Willy Boly itu berjaya menafikan gol pendahuluan City yang dijaringkan Aymeric Laporte.

Sebagai rekod, liga bola sepak di England muncul satu-satunya liga utama di Eropah yang tidak membenarkan teknologi VAR digunakan bagi membantu pengadil perlawanan mendapatkan ‘pandangan kedua’.

Pengurus City, Pep Guardiola ketika diminta mengulas kepentingan penggunaan VAR yang mungkin boleh mengubah keputusan hari ini dilihat cuba untuk tidak menunjukkan kemarahannya sekurang-kurangnya di depan khalayak umum.

“Saya tidak bekerja untuk pengurusan Liga Perdana,” kata pengendali dari Sepanyol itu dengan ringkas tetapi membawa sindiran yang sangat mendalam selepas skuad bimbingannya kehilangan dua mata penting.

City memang menyokong penggunaan VAR sejak cuba dilaksanakan musim ini namun majoriti kelab masih mahu pelaksanaannya diperbaiki lagi. Persetujuan daripada sekurang-kurangnya 14 kelab Liga Perdana Inggeris diperlukan untuk meluluskan penggunaan VAR daripada 20 kelab yang ada.

Keputusan seri yang dicatat City itu membolehkan Liverpool merampas kedudukan pendahulu liga selepas The Reds mencatat kemenangan ketiga berturut-turut hari ini dengan menewaskan Brighton 1-0. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini