Kemenangan sulung Arsenal dibayangi kisah gaduh Ozil - Utusan Malaysia

Kemenangan sulung Arsenal dibayangi kisah gaduh Ozil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Ogos – Pengurus Arsenal, Unai Emery menafikan laporan dia bergaduh dengan Mesut Ozil selepas bintang Jerman itu tidak diturunkan ketika pasukannya mencatat kemenangan pertama musim ini di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arsenal menewaskan West Ham 3-1 selepas kalah kepada Manchester City dan Chelsea sebelum ini namun kemenangan itu tidak membuatkan Emery dipuji sebaliknya terus dikaitkan dengan cerita negatif tentang dirinya.

“Saya tidak faham, mungkin dalam bahasa Inggeris sukar untuk menjelaskannya. Maklumat itu jelas tidak benar. Saya tidak tahu siapa yang memulakan cerita ini kerana Ozil sebenarnya tidak sihat.

“Dia berbincang dengan saya dan kami membuat keputusan tidak menurunkannya. Dia kemudiannya meninggalkan sesi latihan (pada Jumaat) dan pulang kerana dia sakit,” kata pengendali dari Sepanyol itu apabila ditanya sama ada dia berselisih faham dengan Ozil.

Sebelum ini, Ozil, 29, didakwa segera angkat kaki meninggalkan padang latihan selepas Emery memaklumkan dia tidak akan bermain menentang West Ham. Tempatnya digantikan oleh Aaron ramsey.

Pada perlawanan ketiga musim 2018/19 itu, Arsenal pada mulanya ketinggalan hasil jaringan Marko Arnautovic sebelum bangkit bergaya menerusi jaringan penyamaan Nacho Monreal diikuti jaringan sendiri Issa Diop yang tertampan sepakan Alexandre Lacazette sebelum Danny Welbeck melengkapkan kemenangan sulung itu.

“Kami gembira dengan tiga mata pertama ini selepas dua kali kalah. Tetapi jelas kami masih perlu perbaiki lagi prestasi. Perlawanan yang sukar. Kami perlu berusaha agar tidak mempersia-siakan peluang.

“Kami juga perlu konsisten di bahagian tengah terutama ketika melakukan pertukaran pemain, Kebangkitan di babak kedua membuktikan kami mampu menang ketika dalam keadaan sukar,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini