Bayaran levi untuk isi Tabung Rumah Harapan Kedah - Utusan Malaysia

Bayaran levi untuk isi Tabung Rumah Harapan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 26 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah bercadang untuk menyalurkan bayaran levi yang diperoleh daripada pemaju yang mahu menukar status lot bumiputera kepada bukan bumiputera ke dalam Tabung Rumah Harapan peringkat negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bayaran levi itu dilaksanakan sebelum ini bagi memberi peluang kepada pemaju untuk menukar status rumah yang tidak terjual selepas siap dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Menurutnya, hasil kutipan tabung tersebut akan digunakan untuk membina rumah khusus untuk bumiputera sahaja di kawasan strategik berhampiran bandar.

“Di pihak kerajaan negeri, kami juga mempertimbangkan seperti mana yang dibenarkan dalam dasar untuk mengenakan levi supaya kita dapat kutip dana apabila rumah ini dijual kepada bukan bumiputera.

“Hasil kutipan itu akan dimasukkan dalam Tabung Rumah Harapan dan dana ini digunakan untuk menyediakan rumah-rumah kuota bumiputera, ada pulangan yang kita guna balik untuk kita selesai masalah asal,” katanya selepas merasmikan penutup Ekspo Hartanah Malaysia di Aman Central di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew dan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd. Zohdi Saad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini