Pemilihan PKR 2018: Kelantan, Terengganu undi 14 September ini - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR 2018: Kelantan, Terengganu undi 14 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kelantan dan Terengganu menjadi dua negeri terawal untuk para ahlinya mengundi pada Pemilihan PKR 2018 iaitu pada 14 September ini manakala Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang dijadualkan pada keesokannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

PKR dalam laman sesawang rasminya, memberitahu, tarikh pemilihan bagi ahli-ahli di Johor pula pada 16 September ini sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 17 September 2018.

Bagi zon utara, Pulau Pinang dan Kedah pada 22 September manakala Perak dan Perlis keesokannya iaitu 23 September 2018.

“Selangor diberikan dua tarikh pemilihan mengikut zon iaitu Selangor 1 pada 29 September manakala Selangor 2 pada 30 September ini.

“Sarawak pula dijadualkan pada 6 Oktober manakala Sabah dibahagikan kepada dua tarikh iaitu Sabah 1 pada 13 Oktober sementara Sabah 2 pula pada 14 Oktober 2018,” menurut laman sesawang itu.

Tambah laman sesawang PKR, tarikh-tarikh Pemilihan PKR 2018 mengikut negeri-negeri telah dikemaskini pada 11 Ogos lalu.

Jelasnya lagi, mana-mana ahli PKR juga boleh mendapatkan maklumat mengenai tarikh pemilihan di negeri masing-masing di www.pemilihankeadilan2018.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini