Lambakan artis BBNU tiup semangat Tegar - Utusan Malaysia

Lambakan artis BBNU tiup semangat Tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Penyanyi cilik yang semakin menginjak dewasa, Tegar Septian, 17, tidak menganggap kehadiran artis baharu yang digelar dengan panggilan Budak Baru Nak Up (BBNU) sebagai halangan untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya, pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu secara positif menganggap lambakan penyanyi remaja seusianya adalah petanda positif terhadap perkembangan industri muzik semasa.

“Pada peringkat awal, sejujurnya memang saya cemburu melihat kejayaan mereka yang mudah meraih populariti dalam tempoh singkat.

“Masakan tidak, hanya dengan menyanyi di aplikasi karaoke digital, mereka ditawarkan kontrak bernaung di bawah syarikat rakaman.

“Tidak beberapa lama selepas itu, sekejapan sahaja mereka sudah bergelar artis sejurus single memasuki pasaran,” akuinya.

Menyedari hakikat itu, Tegar bangkit semula dengan menanam iltizam untuk menghasilkan karya-karya bermutu selain memperbaiki kelemahan yang ada.

Lima tahun mengharungi liku kehidupan dunia seni termasuk dilanda pelbagai kontroversi, Tegar menjadikan pengalaman hitam itu sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

“Kelangsungan hayat seseorang seniman bukan terletak kepada populariti, tetapi kualiti kerja yang dipertaruhkan,” katanya optimis.

Dalam perkembangan terkini, Tegar baru sahaja mengeluarkan single baharu berjudul Tetaplah Di Hati yang sudah diperdengarkan menerusi corong radio dan juga platform muzik digital. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini