Projek ECRL: Pusingan U berturut-turut jejaskan imej, maruah negara - Utusan Malaysia

Projek ECRL: Pusingan U berturut-turut jejaskan imej, maruah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan patut dikritik kerana sering membuat pusingan U mengenai dasar-dasar negara termasuklah projek-projek yang membabitkan negara-negara asing.

Memuatkan artikel berkaitan…
Projek ECRL: Pusingan U berturut-turut jejaskan imej, maruah negara
Chong Sin Woon

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, Pakatan Harapan masih tidak boleh mencapai keputusan sebulat suara mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan hal ini menjejaskan keyakinan pelaburan asing terhadap negara.

“Pada 23 Jun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, projek ECRL akan diteruskan selepas dirunding semula kerana sebanyak RM20 bilion telah dibayar.

“Manakala Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula mahu membatalkannya atas alasan kononnya hutang negara tinggi… siapakah yang bercakap benar?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai percanggahan kenyataan Dr. Mahathir semasa lawatan rasmi di Beijing, China berbanding ucapan yang dibuat apabila balik ke Malaysia.


Dalam ucapan pertamanya, Dr. Mahathir mengumumkan bahawa projek ECRL dibatalkan tetapi dalam tempoh 24 jam sahaja beliau membuat pengumuman semula bahawa projek tersebut masih dalam kajian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini