Renjer hilang ditemukan berhampiran anak sungai - Utusan Malaysia

Renjer hilang ditemukan berhampiran anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 26 Ogos – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang hilang sejak dua minggu lalu ditemukan berhampiran sebatang anak sungai dekat Hutan Simpan Yong, Taman Negara di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, ditemukan pada pukul 4 petang di lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer daripada tapak kem utama.

Timbalan Ketua Polis negeri, Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa ditemukan dalam kawasan pencarian yang merangkumi 40 kilometer persegi daripada kem.

“Ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan trauma dan lemah namun tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius berdasarkan kepada keadaan fizikal.

“Bagaimanapun, situasi sebenar bagaimana mangsa hilang dan mampu bertahan selama 14 hari belum diperoleh memandangkan dia perlu menjalani rawatan di hospital terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abu Kadir Abu Hashim; Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Azhar Mohamed dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hasan.

Mangsa yang hilang sejak 11 Ogos lalu memasuki hutan berkenaan bersama tujuh rakannya bagi melakukan kerja pemasangan kamera program ‘1st National Tiger Survey’.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kem utama, mangsa yang berpecah dan berjalan bersama seorang rakannya melalui jalan sungai sambil memasang kamera telah hilang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini