Lemas: Sudah tiba masanya wajibkan PFD - Utusan Malaysia

Lemas: Sudah tiba masanya wajibkan PFD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Sudah tiba masanya kerajaan mewajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan peranti pengapungan peribadi (PFD) di lokasi berisiko dalam usaha mencegah kejadian lemas daripada terus berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…
Lemas: Sudah tiba masanya wajibkan PFD
Lee Lam Thye

Saranan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara, Tan Sri Lee Lam Thye yang turut berpandangan peranti tersebut wajib diletakkan di bot-bot pelancong.

.”PFD tidak semestinya mahal dan negara-negara tertentu telah pun menggunakan peranti yang berkesan, mudah dan tidak mudah dirosakkan oleh pemusnah laku.

“Peranti itu juga boleh dibuat dengan mengitar semula bekas air plastik terbuang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cadangan itu diutarakan oleh Lam Thye selepas beberapa kes lemas dilaporkan media termasuklah Utusan Malaysia seperti di Pantai Teluk Kalong, Kijal, Kemaman pada Khamis lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini