Tegar tak tercabar - Utusan Malaysia

Tegar tak tercabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos- Penyanyi, Tegar mengakui tidak tercabar dengan kehadiran pendatang baharu tidak kira di Indonesia mahupun Malaysia yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tegar tak tercabar
Tegar 

Sebaliknya, penyanyi kelahiran negara republik, Indoneisa itu menjadikan kebanjiran penyanyi baharu sebagai satu pembakar semangat untuk dia menghasilkan karya lebih baik.

Jelasnya, lima tahun dalam industri seni dan pernah melalui banyak kontroversi cukup mematangkan dia untuk tidak melatah dengan apa sahaja cabaran mendatang.

“Jujur memang saya ‘cemburu’ pada awalnya. Mana tidak, menyanyi di aplikasi Smule sahaja boleh jadi artis. Tapi saya buang perasaan itu dan mula fokus dengan kerjaya saya sahaja.

“Bukan populariti yang akhirnya menjadi pengukur tetapi selama mana kita bertahan. Kita perlu ada kualiti untuk kekal dalam industri,” katanya yang baru melancarkan single baharunya, Tetaplah Di Hati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini