SHAH ALAM – Polis menahan seorang warga emas selepas disyaki merogol seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang sedang diasuh oleh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di sini baru-baru ini.
Suspek berusia 68 tahun tersebut diberkas ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan pada pukul 1 petang Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa yang mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami berak berdarah selepas mengambil mangsa pada pukul 6.15 petang Isnin lalu.
Katanya, cemas dengan keadaan itu, wanita berusia 26 tahun tersebut segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan perkara berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











