Piala Malaysia : Perak hampiri suku akhir - Utusan Malaysia

Piala Malaysia : Perak hampiri suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 25 Ogos – Perak mencerahkan peluang ke suku akhir apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia 2018 sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Negeri di sini selaku tuan rumah, skuad kendalian Mehmet Durakovic pantas mengatur serangan ke atas kubu pelawat yang dikawal Mohd. Sharbinee Allawee.

Skuad The Bos Gaurus akhirnya berada di depan apabila ketua pasukan , Mohamad Nasir Basharudin berjaya menyambar hantaran Gilmar Da Silva pada minit ke-18.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, Perak terus melancarkan beberapa asakan berbahaya ke kubu skuad Warga Kota namun ketumpulan penyudah menafikan hajat untuk menambah jaringan.

Kedudukan berkenaan kekal hingga tamat permainan dan Perak kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri dan satu kalah. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×