Sivasangari bertemu Nicol di pentas final skuasy perseorangan wanita - Utusan Malaysia

Sivasangari bertemu Nicol di pentas final skuasy perseorangan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA, Indonesia – Kontijen Malaysia bakal menambah satu lagi pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 pada esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pentas final skuasy perseorangan wanita di Arena Skuasy Gelora Bung Karno, Jakarta akan menemukan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain muda, S. Sivasangari bagi penentuan pingat emas serta perak.

“Saya gembira apabila dapat melangkah ke final pada penampilan pertama dan ini merupakan sesuatu di luar jangkaan kerana saya berdepan lawan yang memiliki ranking lebih tinggi pada saingan suku akhir dan separuh akhir.

“Saya tetap menghormati Nicol dan anggap ini sebagai mimpi menjadi kenyataan kerana saya belum pernah bersaing dengannya di pentas sebesar ini,” ujar Sivasangari yang menghuni ranking ke-40 dunia.

Rabu lalu kontinjen Malaysia meraih pingat emas pertama menerusi trio boling wanita yang dibarisi Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Esther Cheah. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini