6 maut dalam hujan luar biasa di Taiwan - Utusan Malaysia

6 maut dalam hujan luar biasa di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 25 Ogos – Hujan lebat selama beberapa hari mencetuskan banjir di Taiwan sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah dan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hujan lebat dilaporkan melanda tengah dan selatan Taiwan sejak Khamis lalu dengan beberapa daerah menerima jumlah taburan hujan sehingga 1,000 milimeter.

Menurut pihak berkuasa, tiga mangsa maut dan hampir 100 yang lain ce­dera akibat dihempap pe­rancah besi yang runtuh di bandar Kaoshiung, selatan Taiwan.

Selain itu, lebih 6,000 penduduk dipindahkan de­ngan 1,100 orang masih ditempatkan di beberapa pusat perlindungan.

Penduduk di Kaoshiung dan bandar berhampiran iaitu Tainan dilaporkan mengharung banjir sehingga paras lutut.

Pasukan tentera juga dikerahkan untuk membawa warga emas dan kanak-kanak berpindah dari rumah mereka yang dinaiki air.

Siaran televisyen me­nunjukkan beberapa buah kenderaan ditenggelami air dan banyak jalan di­litupi tanah runtuh.

Biarpun hujan lebat kini beredar ke arah barat laut Taiwan, keadaan banjir masih belum surut di kebanyakan tempat.

Biro kaji cuaca Taiwan sebelum ini menyifatkan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu sebagai satu keadaan jarang berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini