BR1M bukan daripada sumber hasil curi - Najib - Utusan Malaysia

BR1M bukan daripada sumber hasil curi – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, wang untuk membayar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah daripada sumber curi sebaliknya merupakan hasil rasionalisasi subsidi serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…

Najib berkata, pemberian BR1M juga bukan untuk tujuan politik dan penerima dinilai berdasarkan pendapatan bulanan isi keluarga.

“Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah daripada subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi ‘gelap’,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Menurut Najib, hasil cukai itu dikembalikan kepada golongan B40 menerusi BR1M dan jumlahnya bertambah berikutan pendapatan ekonomi Malaysia yang semakin baik.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bahawa jumlah wang pemberian BR1M akan dikurangkan secara berperingkat sebelum dihapuskan. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini