BR1M akan dihapuskan - Utusan Malaysia

BR1M akan dihapuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula dikurangkan pemberiannya sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam tempoh terdekat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pentadbiran terdahulu di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaan.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan kerja, kerajaan akan memberikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M),” katanya ketika diwawancara secara eksklusif bersama portal The Malaysian Insight di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan dan menghapuskan BR1M yang mula diperkenalkan pada tahun 2012.

Najib berkata, BR1M yang disalurkan kepada rakyat berdasarkan pendapatan bulanan isi keluarga tanpa mengira fahaman politik. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini