PULAU PINANG 25 Ogos – Dua lelaki warga asing dipercayai maut akibat ditetak dalam satu kejadian berhampiran pejabat Utusan Malaysia di Jalan Argyll di sini, lewat petang tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut polis dalam satu kenyataan petang ini, maklumat berhubung kes itu diterima daripada orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Ketika dijumpai oleh anggota Central 5 yang membuat pemeriksaan di situ, kedua-dua mayat tersebut terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik tingkat satu dalam sebuah bangunan di situ.
Difahamkan, satu tangkapan juga berjaya dilakukan susulan kejadian tersebut.-UTUSAN ONLINE











