Renjer hutan ditemukan selamat selepas hilang dua minggu - Utusan Malaysia

Renjer hutan ditemukan selamat selepas hilang dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 25 Ogos – Seorang anggota renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang hilang ketika bertugas di Hutan Kuala Tahan di sini sejak dua minggu lalu ditemukan selamat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
TARMIZI AHMAD
TARMIZI AHMAD

Tarmizi Ahmad, 39, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat daripada pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) Pelindung Rimba yang turut melakukan operasi bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta polis.

Ketua JBPM Zon 3, Shahrul Nizam Nasir berkata, mangsa ditemukan pada pukul 4 petang kira-kira lima kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

“Ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan lemah tetapi selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Buat sementara waktu, mangsa dirawat di lokasi kejadian sebelum dijadual dibawa ke hospital esok,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang hilang sejak 11 Ogos lalu memasuki hutan berkenaan bersama tujuh rakannya bagi melakukan kerja pemasangan kamera program ‘1st National Tiger Survey’.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kem utama, mangsa yang berpecah dan berjalan bersama seorang rakannya melalui jalan sungai sambil memasang kamera dilaporkan hilang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN