PRK Seri Setia: Pas pergiat kempen mulai Isnin ini - Utusan Malaysia

PRK Seri Setia: Pas pergiat kempen mulai Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Para pemimpin Pas dijangka membanjiri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mulai Isnin ini bagi mempergiat kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang kini berbaki dua minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Pas bagi PRK itu, Dr. Halimah Ali berkata, pihaknya sedang menyusun jadual untuk para pemimpin Pas turun berkempen di kawasan-kawasan yang dilihat bersesuaian.

“Bukan hanya pemimpin Pas malah ada pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga secara sukarela telah menyatakan kesediaan untuk turun berkempen, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor) juga menyatakan kesudian untuk turun berkempen,” katanya ketika ditemui pemberita di program kenduri rakyat di Desa Mentari di sini hari ini.

Sementara itu ketika mengulas isu calon tempatan yang dimainkan oleh PH, Dr. Halimah berkata, perkara berkenaan bukanlah penentu menang atau kalah seseorang calon dalam PRK berkenaan.

“Tidak dinafikan calon tempatan memang mempunyai kelebihan tersendiri tetapi kita harus ingat Menteri Besar Selangor sekarang dan yang sebelum ini bukan calon tempatan tetapi mereka diterima oleh rakyat Selangor malah saya juga bukan calon tempatan semasa menjadi wakil rakyat di Selat Klang tetapi saya diterima baik oleh masyarakat tempatan,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini