Keranda kayu, makanan bayi dikecualikan SST - Utusan Malaysia

Keranda kayu, makanan bayi dikecualikan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan untuk bayi dikecualikan daripada cukai jualan, kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memuat naik cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan yang dikemas kini pada 21 Ogos lepas.

Katanya, kenyataan tersebut dibuat susulan dakwaan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 23 Ogos lepas menerusi The Star Online berkaitan dengan keranda dan makanan bayi yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini