[VIDEO] Sekolah Antarabangsa Cempaka ungguli dua anugerah persembahan di Korea - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sekolah Antarabangsa Cempaka ungguli dua anugerah persembahan di Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Sekolah Antarabangsa Cempaka Kuala Lumpur berjaya meraih empat anugerah persembahan dalam pertandingan Liga Seni Persembahan Korea Ogos 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…
Emira Aisya Abdul Jamal dan Elaine Wong Yen Yan
Emira Aisya Abdul Jamal dan Elaine Wong Yen Yan

Dalam pertandingan itu, dua pelajar sekolah tersebut, Emira Aisya Abdul Jamal dan Elaine Wong Yen Yan berjaya menjadi johan dalam kategori ‘Showdance’ (Pertunjukan Tarian) sekali gus membawa pulang pingat emas.

Namun bagi kategori ‘Folklore’ (Cerita Rakyat), pelajar sekolah tersebut masih menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya menjadi naib johan dan membawa pulang pingat perak.

Menurut kenyataan pihak sekolah tersebut, pertandingan yang diadakan di Chuncheon, Korea Selatan itu dianjurkan Pertubuhan Tarian Antarabangsa (IDO) bermula 23 hingga 26 Ogos ini.

Sekolah Antarabangsa Cempaka ungguli dua anugerah persembahan di Korea
Sekolah Antarabangsa Cempaka ungguli dua anugerah persembahan di Korea

“Selain Emira Aisya dan Elaine Wong, dua lagi pelajar, Rachel Wong Yen Ye dan Ameer Danial Abdul Jamal turut menyertai rombongan ke pertandingan tersebut dan kejayaan yang diterima ini adalah sesuatu yang membanggakan,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini