Undang-undang perlindungan data sedang dikemas kini - Utusan Malaysia

Undang-undang perlindungan data sedang dikemas kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multmedia menerusi Jabatan Perlindungan Data Peribadi kini sedang mengkaji semula Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 bagi memastikan ia terkini dan selaras dengan perkembangan semasa.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata kajian semula itu adalah berkaitan keperluan untuk melaksanakan PDPA secara berkesan dan efisien, selain untuk menyelaraskannya dengan keperluan antarabangsa mengenai perlindungan data peribadi termasuk perkara-perkara penting dalam Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah (GDPR).

“Malaysia ada undang-undang yang digubal pada tahun 2010 iaitu PDPA tetapi sekarang selepas sembilan tahun kita lihat terdapat banyak perkembangan baharu, jadi amat penting undang-undang sedia ada dipinda supaya boleh pastikan akta ini dikemaskinikan dengan perkembangan semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada had masa ditetapkan dan kita telah mulakan kajian semula PDPA sejak tahun lepas tetapi ianya masih dalam proses dan saya harap tahun ini kita boleh rangka yang baharu yang boleh kita bawa cadangan pindaan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Impak GDPR EU di Malaysia dan Negara-negara Bukan EU di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini