ADDIS ABABA 18 Mac – Data dari kotak hitam milik pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada minggu lalu menunjukkan ‘persamaan jelas’ dengan nahas pesawat Lion Air di Indonesia yang menggunakan pesawat model Boeing 737 MAX 8.
Menurut Menteri Pengangkutan Ethiopia, Dagmawit Moges, hasil penemuan itu akan dijadikan bahan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca nahas.
Pengumuman tersebut dibuat seminggu selepas pesawat itu terhempas mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











