ADDIS ABABA 18 Mac – Data penerbangan nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, yang mengorbankan 157 orang baru-baru ini menampakkan ‘persamaan jelas’ dengan tragedi melibatkan Lion Air di Indonesia.
Kedua-dua penerbangan itu menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8.
Menteri Pengangkutan, Dagmawit Moges berkata, laporan awal mengenai nahas akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jelas terdapat persamaan antara Ethiopian Airlines dan penerbangan JT610, Lion Air, yang akan menjadi subjek utama siasatan,” katanya seperti dilaporkan BBC.











