Kaji semula 
syarat minimum - Utusan Malaysia

Kaji semula 
syarat minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
TERLEBIH
dahulu saya sebagai bapa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar (anak-anak) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Dengan ini mereka boleh memilih ke mana mahu melanjutkan pelajaran selepas ini. Bagi yang kurang cemerlang pula mereka merasakan semacam ada suatu kepayahan untuk memohon atau melamar kursus-kursus yang ingin diceburi, walhal mereka sangat berminat untuk masuk dalam kursus-kursus tersebut.

Misalnya untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) disyaratkan calon mestilah memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima mata pelajaran sebagai syarat minimum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini memberi gambaran mereka yang tidak memperoleh syarat minimum, terus kempunan untuk berada dalam kursus sedangkan mereka juga mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Agama Islam, Perniagaan dan Pertanian contohnya.

Tidak dinafikan syarat minimum tersebut perlu dilepasi calon tetapi banyak lagi syarat lain untuk mereka ini bergelar sebagai guru kelak. Saya berharap pihak terbabit perlu memikirkan semula syarat minimum ini.

Perlu dilihat juga anak-anak guru seluruh Malaysia yang tidak melepasi syarat minimum ini tetapi mereka ada kecemerlangan akademik tertentu dan lain-lain kebolehan, bakat dan pengalaman yang ditimba semasa di sekolah dan di luar sekolah. Jangan hampakan minat dan bakat mereka.

PESARA GBJJ

Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini