UTM BUKA kampus francais pertama di Iraq - Utusan Malaysia

UTM BUKA kampus francais pertama di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membawa pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi apabila berjaya membuka sebuah kampus francais pertama di Universiti Qaiwan, Kurdistan, Iraq.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar dan beberapa deligasi dari UTM telah mengadakan lawatan ke kampus tersebut sempena sesi pendaftaran pelajar baharu yang mengikuti pengajian program sarjana muda UTM.

Sewaktu lawatan, Prof. Wahid juga telah berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Iraq, Barham Salih di Sulaimaniyah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Prof. Wahid, Presiden Iraq tersebut mengakui dan mengiktiraf kualiti pendidikan di Malaysia adalah baik dan mengalu-alukan usahasama antara UTM dan Qaiwan.

“Beliau menyatakan sokongan penuh atas usaha ini mengharapkan supaya usaha tersebut dapat diteruskan dengan penawaran lebih banyak program termasuk program pasca ijazah.

“Untuk itu, sesi validasi sedang dijalankan bagi empat program kejuruteraan yang akan ditawarkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam lawatan rasmi selama tiga hari itu, Prof. Wahid turut berkesempatan bertemu Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Kurdistan, Dr. Yusuf Goran untuk membincangkan

pengukuhan kampus francais UTM yang memulakan operasi di Kurdistan sejak tahun lalu.

Naib Canselor juga telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengalamannya dalam forum yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan mengenai Globalizing the Higher Education in Kurdistan region.

Prof. Wahid berkata, lawatan ke rantau Kurdistan sangat penting bagi meneroka potensi lain dalam pendidikan tinggi yang akan membuka jalan ke arah memperkukuhkan jenama pendidikan tinggi Malaysia di negara-negara Timur Tengah.

“Ini pasti membantu meningkatkan nama dan keterampilan Malaysia dan UTM di peringkat global. Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat tentang akademik terhadap kedua-dua pihak namun juga membuktikan bahawa program akademik di UTM disahkan dan diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

UTM menubuhkan Kampus Francais pertama di luar negara melalui perkongsian strategik dengan Universiti Qaiwan, di mana UTM menawarkan program akademik dalam mod francais kepada

pelajar tempatan di Kurdistan, dan pelajar akan mendapat ijazah daripada UTM.

Terkini sejumlah 128 pelajar Kurdistan tempatan telah mendaftarkan diri dalam empat program sarjana muda yang ditawarkan oleh UTM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini