Mayat ditemui terbakar di sawah mangsa bunuh  - Utusan Malaysia

Mayat ditemui terbakar di sawah mangsa bunuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan tertiarap dan terbakar di kawasan sawah di Jalan Gunung, Anak Bukit di sini semalam dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut.

“Siasatan pakar forensik mendapati ada jerami di bawah badan mangsa yang tidak terbakar dan kita percaya mayat dibuang di situ sebelum pembakaran jerami dilakukan pada 1 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, mangsa dipercayai lelaki warga asing dan beragama Islam.

“Kita masih melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! Online semalam melaporkan satu mayat ditemui dalam keadaan tertiarap dan terbakar di dalam kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini