MATARAM 17 Mac – Daripada 13 mangsa tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep, Senaru Baru, Lombok Utara susulan kejadian dua gempa bumi yang melanda, 12 merupakan warga Malaysia.
Antara melaporkan, seorang lagi yang dirawat di Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Bayan, Lombok Utara adalah warga Lombok, Gurut Antariksa, 17.
Wartawan Antara di Puskesmas Bayan melaporkan identiti 12 mangsa warga Malaysia iaitu:
– Tan Cing Chuan (L), 62;
– Lim Sai wah (L), 56;
– Pam Kiam Foo (P), 56;
– Ong Lee Jye (P), 56;
– Wong Siew Lin (P), 56;
– How Geok Lan (P), 56;
– Shen Pek Chan (P), 56;
– Phua Poh Cuat (P), 56;
– Lee Chai Bang (L), 57;
– Lim Ching Kau (L), 62;
– Phan Tin Fan (L), 56;
– Taw Siew Kim (P), 56.
Dua yang terbunuh adalah Tai Sieu Kim, 56, warga Malaysia dan seorang lagi, Tomi, 14, penduduk Desa Senaru.
Ketika ini mangsa masih dirawat di Pueskesmas Bayan.











