MBPJ anjur program 10,000 langkah - Utusan Malaysia

MBPJ anjur program 10,000 langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Orang ramai dijemput memeriahkan Program 10,000 langkah anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dataran Petaling Jaya di sini pada 6 April ini.

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – GAMBAR: UTUSAN ONLINE

MBPJ dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, program yang bermula seawal pukul 6.30 pagi itu menyediakan 500 baju t-shirt kepada orang ramai yang mendaftar dan medal ‘finisher’ kepada 500 peserta terawal yang menamatkan larian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Larian ini dianjurkan sempena Karnival 3W (Wellness, Welfare, Women) 2019. Kami mengalu-alukan penyertaan semua pihak sebelum pertandingan ditutup esok.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran di talian 03- 79552381,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini