KUALA LUMPUR 16 Mac – Seramai 100 peserta yang telah membuat pendaftaran awal melalui laman sosial Facebook Masjid Putra bakal mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2019 di masjid berkenaan selama dua hari bermula Isnin ini.
Kursus yang dibuka secara percuma itu akan bermula seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Orang ramai yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut pada masa akan datang boleh membuat pendaftaran di Facebook masjid berkenaan untuk maklumat selanjutnya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











