LONDON 16 Mac – Pep Guardiola mengakui dia dianggap gagal jika tidak berupaya membantu Manchester City menjulang trofi Liga Juara-Juara, musim ini.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertandang ke Swansea untuk menghadapi aksi suku akhir Piala FA dan Guardiola menaruh harapan untuk memastikan peluang City untuk menjuarai empat piala musim ini terus bernyala.
Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand mendakwa jika City gagal memenangi Liga Juara-Juara itu akan menjadi kegagalan kepada Guardiola memandangkan dia memiliki rekod yang baik di pentas Eropah.
“Saya juga dinilai seperti itu ketika di Bayern Munich jadi saya juga akan dinilai seperti itu di sini. Waktu saya di Munich tidak begitu bagus untuk semua orang kerana kami tidak berjaya ke final.
“Saya bernasib baik – jangkaan diberikan kepada saya tinggi. Jadi, saya perlu mencapainya. Saya perlu emnerimanya. Kami menang banyak perlawanan dan itu sebab kenapa orang percaya adalah normal tetapi tidak.
“Semua orang boleh meniali jika berlaku malapetaka, jika kami tidak memenangi Liga Juara-Juara, usaha kami selama tiga musim setiap tiga hari adalah kegagalan atau malapetaka.
“Saya tidak bersetuju namun apa yang saya boleh katakan. Terima dan pandang ke depan,” kata Guardiola.
Guardiola gembira rehat antarabangsa merupakan waktu terbaik untuk City. Kevin De Bruyne, Vincent Kompany, John Stones, Fernandinho dan Benjamin Mendy sudah pulih daripada kecederaan. – AGENSI











