MEDAN 15 Mac – Calon Presiden (capres) nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi mengajak penyokongnya untuk keluar beramai-ramai ke Tempat Pemungutan Suara (TPS) pada hari Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.
“Saya diamanahkan pada 17 April ini. Saya mengajak semua datang beramai-ramai, jangan ada yang terkecuali, yang penting datang ke TPS,” katanya selepas menghadiri sebuah majlis, di sini semalam.
Lapor Kompas, Jokowi juga meminta para penyokong supaya tidak mempercayai sebarang maklumat yang tersebar secara membuta tuli. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











