JAKARTA 16 Mac – Calon Naib Presiden (Cawapres), Sandiaga Salahuddin Uno atau Sandiaga Uno akan melaksanakan program khas Hari Raya di semua sekolah sepanjang bulan Ramadhan sekiranya gabungan Prabowo Subianto-Sandiaga Uno itu memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.
Repbilika yang memetik Sandiaga sebagai berkata, ia akan memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menghayati kemeriahan bulan mulia itu bersama-sama rakan pelajar yang lain.
“Saya juga menyertai program seperti ini sewaktu belajar di sekolah Al Azhar. Kami benar-benar terhibur sepanjang bulan Ramadhan,” katanya di sini semalam. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











