Sultan, Permaisuri Johor zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan - Utusan Malaysia

Sultan, Permaisuri Johor zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Mac – Sultan Johor dan Permaisurinya menzahirkan penghargaan kepada pasukan bomba, polis serta petugas-petugas perubatan yang terlibat dalam operasi pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda dan Raja Zarith Sofeah Sultan Idris Shah amat menghargai komitmen serta dedikasi pasukan-pasukan itu yang bertungkus-lumus menjalankan tugas-tugas mereka.

Sultan Johor dan Permaisurinya turut berkenan mengurniakan sumbangan berupa sut perlindungan bahan kimia, alat bantuan pernafasan separuh muka dwi-penapis serta barangan lain untuk pasukan bomba yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan sisa kimia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Amat dihargai komitmen pasukan perubatan yang secara berterusan memberikan rawatan perubatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami pelbagai simptom akibat terhidu gas kimia,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Baginda dan Raja Zarith turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada Johor Corporation, KFC, Nestle Foods dan Iskandar Investment Berhad di atas sumbangan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini