[VIDEO]PDRM usaha bawa pulang 51 rakyat Malaysia di Syria - Utusan Malaysia

[VIDEO]PDRM usaha bawa pulang 51 rakyat Malaysia di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha membawa pulang 51 rakyat Malaysia yang dipercayai terperangkap di Syria selepas menyertai militan Daesh.

Daripada jumlah itu, sebanyak 23 orang terdiri daripada 11 dewasa dan 12 kanak-kanak dikesan berada di kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selain ditahan pihak berkuasa dan kumpulan militan di negara terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat 28 individu lagi memandangkan lokasi dan status mereka di negara itu masih tidak diketahui.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kesemua mereka dikatakan telah menghubungi keluarga masing-masing di negara ini dan perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis.

“Kita sedang berusaha membawa mereka pulang. Bagaimanapun proses tersebut memerlukan masa yang panjang memandangkan kesemua mereka tidak berada di kawasan yang sama.

“Sebaik sahaja mereka dibawa pulang, bagi lelaki kita akan tahan untuk jalankan siasatan manakala wanita dan kanak-kanak akan melakukan program pemulihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi panel forum mengenai Ancaman Gerakan Ekstremisme Kepada Perpaduan dan Keharmonian Komuniti di Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini