Dua buah rumah dilempar bahan letupan - Utusan Malaysia

Dua buah rumah dilempar bahan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 16 Mac – Dua buah rumah di Taman Seremban Jaya di sini dilempar dengan bahan letupan dipercayai molotov cocktail dalam kejadian pagi tadi.

Pegawai Bomba kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Amir Abu Kasim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 4 hingga 5 pagi.

“Dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Perodua Viva milik seorang wanita berusia 47 tahun yang bekerja di sebuah hospital swasta di sini mengalami kerosakan kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik penghuni di sebuah rumah lain pula mengalami kerosakan di bahagian lampu belakang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Amir, pemilik rumah terbabit mendakwa mereka hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 8 pagi semasa mahu keluar bekerja.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.43 pagi dan seramai 15 pegawai serta anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Apabila bomba tiba api sudah padam dan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kenderaan di rumah terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini